photo 36f8f039-83e1-433e-b59c-c92ff536c3b7_zps44b1042f.jpg
Liyana Aqilah Azman




My Mary Kay life begins... ✨
Tuesday, September 6 | 0 comment(s)
Hai Assalamualaikum 

Saya Liyana 22 tahun. Saya bermula dalam dunia Mary Kay pada awal tahun 2016. Masa tu SSD Kak Hajar buat Skincare Class dengan saya. Masa tu saya masih student, juga buat part time jual barang makeup dari USA. Income tak banyak sgt dlm 200-300 sebulan. Bagi duit kat parent pun on off je. Bila ada duit lebih baru dapat bagi parent.

Then bulan Januari 2016 join jadi Beauty Consultant and masa bulan pertama tu hanya ada 2 orang customer sahaja! Tapi bulan kedua tu dah start struggle. Masa tu takde transport. Buat skincare class semua naik teksi sahaja pergi balik. Bulan 1-4 memang hardwork and penat sangat sebab masa tu baru jadi BC, nak kena banyak perkenalkan kat orang yang kita adalah Beauty Consultant Mary Kay. Roomates je tahu macam mana setiap minggu saya akan keluar buat skincare class sana sini.

Pergi class ESRS pukul 6.30 pagi dah gerak naik train takut lambat sampai. Setiap kali pergi VSQ PJ naik lrt je. Pernah terlepas train nak pergi guest event di KL, then ayah offer untuk hantar sampai Primiera Hotel (bergenang airmata bila ayah drop kat tepi bangunan).

Dulu masa awal awal takde laptop. Submit order setiap bulan guna PC kat library je atau pinjam laptop roomate. Alhamdulillah simpan duit hasil Mary Kay sikit sikit, dapat beli laptop sendiri bulan Julai lepas. Dan salah satu kejayaan terbesar buat masa ni ialah dapat beli KERETA sendiri menggunakan duit simpanan sejak bisnes dgn Mary Kay. Downpayment kereta RM6800 ialah hasil menabung Mary Kay, mmg simpan setiap bulan (selama 7 bulan). Alhamdullilah sgt sbb salah satu goal dlm buku NCO dah tercapai. 

Paling happy bila dapat bagi parent duit setiap bulan sekarang ni. Dulu dpt bagi bila ada duit lebih je. Tapi sekarang mmg wajib bagi setiap  bulan, dapat belikan ibu handphone baru sebab ibu pakai phone biasa je selalu sangat rosak. Alhamdullilah mmg dari awal mak ayah sgt supportive, bersyukur sangat.

Cara saya dptkan sale mestilah dari Skincare Class and makeup class. Saya sendiri suka makeup jadi mmg seronok berkongsi product yg kita sendiri guna. Produk best and berkualiti pula, lagi excited terlebih bila promote barang :D Paling seronok dimana mana sahaja mmg saya suka sgt buat on-the-go. Memang ramai yg tegur tak habis2 mary kay tapi siapa kesah kanπŸ˜„πŸ˜„
Alhamdulillah dah dua kali capai LOS Sapphire, and akan achieve LOS lagi bulan 12 ni. 

Sekarang dah 11 bulan dlm Mary kay, tengah fokus buat Red Jacket University, nak majukan diri nak capai banyak lagi impian dlm hidup.  Semoga allah permudahkan segala urusan kita dan sentiasa ikhlas dgn apa yg kita buat. 😊 Mungkin I-Story saya biasa biasa je tapi cuma nak share prinsip yang saya pegang, "saya kena keluar dari comfort zone". 

Lots of love,

Liyana
(Team Builder)
18 November 2016




Older Post